- Details
Published across Monday, 30 April 2018 17:15
Tanggal 9 Mei ini seluruh rakyat Malaysia (yang sudah layak mengundi) akan menjalankan tanggungjawab memilih pemimpin-pemimpin yang akan berkhidmat untuk rakyat serta mencorak masa depan negara ini untuk lima tahun berikut.
Parti-parti politik juga secara rasmi sudah menamakan calon-calon mereka dan masing-masing rancak berkempen sehinggalah hari sebenar Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), pada Rabu depan.
Seperti mana netizen yang sudah tidak sabar lagi mahu pulang mengundi, begitu juga dengan para selebriti dan personaliti popular tanah air.
Menerusi beberapa video pendek dengan #NegaraKru - Lets Vote yang dimuat naik di laman sosial YouTube, artis dan personaliti seperti lagenda Rock Amy Search, ahli perniagaan Engku Emran Engku Zainal Abidin, pemain squash negara, Azlan Iskandar, penyanyi rap Altimet, pelakon dan pengacara Zulin Aziz, Izzue Islam, Scha Al-Yahya, Awal Ashaari dan ramai lagi menyatakan pandangan sekaligus mengingatkan rakyat Malaysia supaya memilih dengan bijak.
Bagi Awal Ashaari dan isterinya Scha Al-Yahya, PRU kali ini akan memberikan satu pengalaman berbeza buat mereka kerana keputusan undian mereka kali ini bukan hanya untuk diri sendiri tetapi untuk masa depan anak kesayangan mereka Lara Alana.
"Dulu masa saya mengundi belum ada anak, tapi sekarang saya kena fikir undian ini bukan untuk saya saja tetapi untuk anak kesayangan saya, Lara," katanya.
"Bukan senang untuk kita jaga antara anak dan juga kerja. Sebab itu saya akan memilih keutamaan kepada golongan ibu dan juga wanita bekerjaya. Untuk anak saya pula, saya pilih perlindungan yang terbaik melalui penjagaan kanak-kanak universal," kata Scha pula.
Bintang sukan Azlan Iskandar juga turut meluahkan rasa bertuah dan bersyukur kerana sebagai atlet beliau dapat menikmati banyak pembangunan dan polisi yang diwujudkan untuk kemajuan sound sukan negara.
&index=1&list=PLATAk6ZS-782QOeN0e1Lu040SF653AURc
Pelakon Zulin Aziz pula berkata, dia menginginkan ada keutamaan bagi kaum wanita, ibu dan juga anak-anak universal. Selain itu anak jati Kuala Lumpur ini mengharapkan akan adanya pengangkutan-pengangkutan futuristik pada masa akan datang.
Sama seperti Zulin, Izzue Islam juga tidak sabar menantikan tren yang hanya memerlukan masa empat jam sahaja untuk pulang ke kampung halamannya, di Kota Bahru, Kelantan.
Sementara Siti Sarah selaku isteri dan ibu menjelaskan dia mahukan pendidikan terbaik untuk anak-anaknya dan jaminan pekerjaan yang baik.
&index=2&list=PLATAk6ZS-782QOeN0e1Lu040SF653AURc
Manakala bagi Fizo Omar, Sufian Suhaimi, Nabila Razali, Marsha, Arja Lee serta Yasmin Hani pula meluahkan rasa bangga, syukur dengan keamanan dan pembanggunan negara yang sedia ada dan stabil selama ini. Malah mereka bersemangat dan optimis untuk terus mempertahankan dan menjadikan negara lebih bagus.
https://www.youtube.com/watch?v=QxF_Z2NY27c&index=1&list=PLATAk6ZS-782QOeN0e1Lu040SF653AURc
Jadi kita sebagai rakyat, harus bijak memilih pemimpin yang mampu mentadbir negara dengan baik. Pemimpin akan bersilih ganti dan negara yang kita cintai ini akan terus diwarisi oleh generasi yang akan datang.
Oleh itu, kita harus berhati-hati dalam membuat pilihan agar tidak menggadaikan masa depan negara ini kepada individu-individu yang rakus dan mempunyai kepentingan sendiri.
Buatlah pilihan anda demi untuk sebuah masa depan negara yang lebih baik dan lebih maju ke hadapan. Kita undi untuk hebatkan Malaysia buat selama-lamanya. #JanganPandangBelakang
Sincery Berita Panas
SRC: http://www.malaysiandigest.com/hiburan/735607-selebriti-suarakan-sokong-pada-kerajaan-seru-netizen-buat-pilihan-bijak.html
powered by Blogger Image Poster
0 Response to "Selebriti Mahu Hebatkan Negara, Seru Netizen Buat Pilihan Bijak!"
Post a Comment